Zamani: Jaminan polis disambung hingga Jumaat

Peguam Zamani, Ahmad Zaharil, mahu anak guamnya itu berehat dan menjalani kehidupan normal sepanjang tempoh jaminan selama lima hari itu. – Foto TRP/Azrol Ali

AMPANG, 27 Januari: Vokalis kumpulan Slam, Zamani, yang dibebaskan dari lokap dengan jaminan polis pada Sabtu lepas disambung Jumaat ini ekoran kesnya masih lagi dalam pertimbangan pejabat Timbalan Pendakwaraya.

Perkara itu diberitahu oleh peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika dihubungi selepas hadir untuk sambungan kes itu di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya di sini pada Selasa.


“Hari ini saya mendapat pengesahan daripada polis untuk menyambung jaminan itu kepada Zamani sampai pukul 11 pagi Jumaat ini kerana kesnya masih dalam pertimbangan pendakwaraya sama ada ada kes atau tidak,” katanya,

Menurut Zaharil, jaminan polis itu menjadikan Zamani bebas dan tidak ditahan reman dan beliau mahu anak guamnya itu berehat dan menjalani kehidupan normal sepanjang tempoh jaminan selama lima hari itu.


Katanya, jaminan yang diberikan polis terhadap penyanyi yang terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang itu sepatutnya tamat hari ini.

Beliau berkata, Zamani mengakui dirinya semakin sihat dan berterima kasih atas sokongan peminat yang mahu dirinya tabah menghadapi dugaan.

Zamani sebelum ini ditahan polis di sebuah rumah di Taman Keramat di sini bersama seorang wanita dan siasatan awal mendapati beliau memiliki dadah jenis heroin

Credit:http://malaysianreview.com/


0 Response to "Zamani: Jaminan polis disambung hingga Jumaat"

Post a Comment