Filem Suamiku Encik Perfect 10! Kutip RM2.2 Juta Dalam 11 Hari

Power!!! Di kala kesuraman kutipan filem tempatan menghantui para penerbit pada tahun 2014, filem Suamiku Encik Perfect 10 membuktikan sebaliknya. Selama 11 hari di pawagam, filem yang dibintangi Aaron Aziz dan Lisa Surihani ini sudah pun mengutip RM2.2 juta. Satu angka yang cukup memberangsangkan. Mungkin rezeki Lisa Surihani yang sedang mengandung sekarang ini.


Filem ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan merupakan adaptasi daripada sebuah novel. Pastinya para pembaca novel ini menjadi tunjang kepada kutipan yang memberangsangkan ini. Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem ini. Namun khabarnya, lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani memang menyentuh perasaan. Ramai yang kehabisan tisu menontonnya.


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan filem ini. Semoga kutipan yang hebat ini akan berterusan untuk filem-filem tempatan yang lain. Teruskan menyokong filem berkualiti.

1 Response to "Filem Suamiku Encik Perfect 10! Kutip RM2.2 Juta Dalam 11 Hari"

  1. tah apa apa aaa citer melayu nih ..tak menjana minda langsung !!

    Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete