Genre: Komedi Romantik
Studio: Red Films Sdn Bhd
Penerbit/Produser: Red Films, Global Station dan Astro Shaw
Pengarah: Bernard Chauly.
Pelakon Utama: Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani
Penulis Asal: Anis Ayuni
Olahan Skrip: Rafidah Abdullah
Imbasan Awal
Memaparkan kisah percintaan di antara tiga insan iaitu Ifti Liyana, Fredo dan Nazmi. Hubungan Liyana dan Fredo bagai retak menanti belah, kedua-duanya sudah tidak mempunyai perasaan sayang lagi dan akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing. Nazmi muncul dalam hidup Liyana dan lama kelamaan perasaan cinta mula berputik di antara mereka berdua.
Ulasan Penulis
Filem yang diadaptasi dari novel tulisan Anis Ayuni, Manisnya Cinta ini telah lebih awal diberitahu agar tidak meletakkan harapan bahawa apa yang mereka baca akan muncul dilayar perak oleh penulisnya sendiri.
Namun begitu, sebagai penonton yang tidak membaca novel asal tersebut, anda akan lebih santai menonton filem arahan Bernard Chauly ini.
Dari segi jalan cerita, filem ini disifatkan dekat dengan novel menurut teman yang membaca dan ada banyak babak di dalam novel dimasukkan ke dalam filem ini.
Cuma satu sahaja babak penting, di mana Ifti Liyana mendarat dengan kapal terbang yang diterbangkan oleh Nazmi, tidak ada di dalam filem ini menurut Anis Ayuni dan Bernard memberitahu bahawa ia telah dibuat namun merasakan babak tersebut lebih baik dikekalkan dalam memori pembaca novel Manisnya CInta tersebut.
Lakon layar filem disampaikan dengan mudah lagi jelas dan ianya berjaya mencuit hati pada setiap babak yang ditampilkan. Daripada emosi yang sedih, gembira, kehilangan, sunyi dan bermacam lagi dapat dikekalkan momentumnya dengan baik agar tiada waktu yang membosankan ketika menonton filem ini di pawagam.
Filem adaptasi novel yang menceritakan tentang aku atau penceritaan diri sendiri masih memiliki fantasi dan anganan yang sebenarnya biasa serta ringkas sahaja mainan emosinya tetapi terjemahan yang dilakukan keseluruhan warga kerja filem ini berjaya mengindahkannya lagi.
Namun kepada mereka yang meminati filem romantik komedi, diharap supaya tidak meletakkan harapan menggunung tinggi dengan filem ini dengan perjalan ceritanya yang mudah diagak dan penulis sifatkan terlalu ringan lagi bersahaja.
Namun paras rupawan yang dimiliki oleh Nur Fazura dan juga pemandangan indah Cappadocia mengatasi segala-galanya yang membuatkan diri anda untuk menonton dan terus menonton.
Kepada yang belum menonton, pergi untuk menonton Manisnya Cinta di Cappadocia kerana ingin tahu siapakah Ifti Liyana kerana ia cerita berkenaan kisah hidupnya.
Ifti Liyana yang enggan menjadikan pangkat, rupa dan harta sebagai ukuran dalam mencari jodoh asalkan lelaki tersebut memiliki hati yang mulia.
Akhirnya permintaan termakbul apabila dipertemukan dengan lelaki biasa, Nazmi seorang pemandu bas.
Pertemuan Ifti dengan Nazmi telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.
Namun bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Ifti Liyana nekad meninggalkan Nazmi tanpa penjelasan.
Sinopsis
Kisahnya bermula apabila seorang gadis bernama Ifti (Fazura) yang telah lama berkenalan dengan seorang lelaki kerana mengikut kehendak keluarga masing2. Tapi apakan daya lelaki tersebut mencintai orang lain walaupun rasa cinta tersebut masih ada sedikit untuk Ifti.
Hubungan Ifti dan Fredo berakhir dengan sebagai kawan sahaja. Oleh sebab mahu menolong kakaknya, Ize (Lisa) mahu memperkenalkan kakaknya, Ifti dengan kawan kepada tunangnya.
Tapi kakaknya menolak kerana berpegang kepada prinsip tidak pandang rupa, darjat dan status. Kebetulan pula kakak Ifti dan Ize, Aida baru sahaja meninggal dan meninggalkan 3 orang anak dan suaminya, Bakhtiar. Ifti dan Ize telah menjadikan mereka sebagai anak angkat kerana Bakhtiar telah berkahwin lain.
Ifti akhirnya dipertemukan dengan seorang pemandu bas, Nazmi yang tahu apa sahaja mengenai Ifti. Mereka pon berkenalan dan suka antara satu dengan yang lain di mana cinta mereka berputik di Cappadocia.
Namun apakan daya, tidak lama selepas itu, Ifti secara tidak sengaja terlihat Nazmi bersama anak dan isterinya. Ifti begitu sedih dan terus tidak berhubung dengan Nazmi. Dan pada masa yang sama, Bakhtiar telah insaf dan melamar Ifti kerana tertarik dengan sifatnya yang baik dalam menjaga anak nya.
Ifti memang sayangkan anak2 itu. Apakah jawapan Ifti kepada Bakhtiar? Adakah dia menerima lamaran Bakhtiar kerana terpaksa? Adakah Ifti dapat melupakan Nazmi begitu sahaja?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Dekati Ifti Liyana Dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia"
Post a Comment