Wanita Malu Gambar Peribadi Disebar Di Instagram
Ternyata tindakan Cazine McCarthy memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Nathan Lloyd, 22, mengundang padah apabila lelaki itu bertindak memuatnaik gambar dan video lucahnya ke akaun Instagram milik wanita itu sendiri.
Bukan itu sahaja, malah kata laluan akaun itu juga ditukar agar Cazine tidak dapat memadamkan gambar tersebut.
“Saya menghantar imej dan rakaman itu kerana Nathan bekerja jauh dan sentiasa memujuk saya supaya melakukannya.
“Dia memberitahu saya boleh mempercayainya dan tidak akan menunjukkan gambar itu kepada orang lain,” katanya kepada Mail Online.
Bimbang Nathan akan melakukan perkara yang lebih teruk, Cazine menghubungi polis dan Nathan akhirnya ditahan serta diarahkan untuk menjalani kursus pemulihan selama dua tahun.
Gambar dan video tersebut juga telah dipadamkan oleh pihak Instagram selepas menerima ratusan aduan daripada orang ramai.
“Wanita perlu melindungi diri sendiri. Tak tahu ke mana dan sejauh mana gambar saya telah disebar sememangnya amat menakutkan.
“Apa yang boleh saya lakukan ialah menasihatkan wanita lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama,” ujarnya.
Ingat, akaun sosial anda adalah hak peribadi anda!
0 Response to "Wanita Malu Gambar Peribadi Disebar Di Instagram"
Post a Comment