Ramai yang menantikan untuk melihat mereka berdua ke jinjang pelamin selepas dinobatkan sebagai pasangan paling serasi dan sepadan pada tahun 2014. Fathia yang mengakui hubungan mereka sudah putus menerima segala kententuan takdir.
Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang.
Fathia yang masih lagi mempunyai rasa cinta dan sayang buat Aiman Hakim Redza telah hilang tempat untuk mengadu dan melepaskan rindu kerana aktor itu adalah satu-satunya lelaki yang rapat dengannya sejak dua tahun yang lalu.
Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya.
Buat masa ini, Fathia tidak lagi memikirkan soal untuk mencari pengganti dan mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya terlebih dahulu tetapi tidak menolak jika hadirnya cinta lagi buat dirinya selepas ini.
Agak sedih juga melihat pasangan ini tidak sampai ke jinjang pelamin. Mereka berdua memang cukup serasi dan manis bersama. Apakah punca mereka memutuskan hubungan biarlah mereka sahaja yang tahu. Semoga Fathia lebih tabah selepas ini dan percayalah waktu akan menghilangkan segala kelukaan di hati yang lara.
Credit : http://beautifulnara.com/
0 Response to "Fathia Latiff Dan Aiman Hakim Redza Putus Cinta"
Post a Comment