Seorang guru yang berang dengan muridnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah bertindak tidak wajar apabila mencubit perut kanak-kanak itu beberapa kali sehingga berdarah, kelmarin.
Menurut sumber, murid tahun enam di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu itu dikatakan gagal menyiapkan kerja sekolah bagi mata pelajaran Matematik yang diberikan guru tersebut.
"Mereka diberi latihan yang banyak setiap hari bagi mencapai sasaran sekolah dalam UPSR tahun ini," katanya.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi guru berkenaan mencubit perut murid yang gagal menyiapkan kerja sekolah tetapi tindakan yang dilakukan kepada murid berkenaan adalah di luar batasan dan etika seorang guru.
"Tidak wajar bagi seorang guru bertindak sedemikian sehingga mendatangkan kecederaan, jika ingin menghukum sekalipun perlu ada nilai kemanusiaan," katanya
Bincangkan......ada ibu/ bapa yang sokong tindakan cikgu hukum pelajar dan ada ibu/ bapa yang berpandangan sebaliknya..
Home » Berita Semasa »
Kehidupan »
Tempatan
» Apa nak jadi......Tindakan guru menghukum pelajar dipersoalkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Apa nak jadi......Tindakan guru menghukum pelajar dipersoalkan...."
Post a Comment