Rita Rudaini Tidak Bergantung Wang Aidil Untuk Besarkan Anak

Bukan senang nak membesarkan anak seorang diri. Bergelar ibu tunggal dalam membesarkan dua anak lelaki seorang diri tanpa bantuan insan bergelar suami bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilalui lebih-lebih lagi apabila Rita Rudaini tidak bergantung kepada wang Aidil untuk besarkan anaknya.

Namun, demi melihat kegembiraaan terpancar di raut wajah kedua-dua putera kesayangan, Airit Rayyan Rizqin, 6 dan Airit Qaqa Arjuna, 4, aktres cantik jelitawan Rita Rudaini sanggup mengharungi apa jua rintangan yang mendatang dalam membesarkan anaknya. Ia dibuktikan menerusi “Rita Rudaini Lahir Rasa Syukur Berjaya Perjuangkan Hak Anak-Anak“.


Cabaran yang dilalui bukanlah sesuatu perkara mudah buat golongan wanita. Bekerja sebagai seorang selebriti, membuat Rita terikat dengan jadual yang padat. Namun begitu, Rita Rudaini tidak pernah meletakkan urusan anak-anak di belakang.

Malah, menurut bekas isteri pemain bola sepak terkenal iaitu Aidil Zafuan ini, setiap tahun dia akan merancang membawa anak-anaknya bercuti untuk menghiburkan hati mereka.

“Setiap tahun, kami akan bercuti di luar negara ketika musim cuti persekolahan. Selalunya, saya akan tanya anak-anak di mana lokasi pilihan mereka.
“Tahun ini, mereka memberitahu, teringin nak main salji. Jadi, saya kena kerja lebih kuat lagi untuk membawa mereka ke sana,” katanya.

Baru saja mendapat kemenangan di mahkamah apabila bekas suaminya perlu membayar RM3,000 sebulan untuk nafkah anak anaknya, namun Rita tidak terkecuali menjadi mangsa kritikan di media sosial.

Ini kerana, Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 39, bakal memfailkan permohonan untuk perubahan nafkah anak dalam masa terdekat sejajar dengan keperluan termasuk perbelanjaan tahunan dan pendidikan serta percutian sehingga menimbulkan reaksi negatif di kalangan pengikut media sosial.

Arikel berkaitan:- “Rita Rudaini Bakal Fail Permohonan Nafkah Baru“

“Perbelanjaan percutian itu bermaksud, kalau saya bawa anak-anak keluar pergi pusat membeli-belah atau mana-mana lokasi di dalam negara, itu sudah dikira percutian. Tidak semestinya luar negara seperti Paris, London dan New York.

“Takkan saya nak kurung anak dalam rumah macam anak ayam. Lagipun, saya bawa anak-anak ke luar negara sekalipun, pakai duit sendiri. Begitu juga dengan perbelanjaan pendidikan, untuk proses pendaftaran persekolahan sahaja mencecah hampir RM3,000,” katanya.

Rita Rudaini Tidak Bergantung Wang Aidil Untuk Besarkan Anak

Rudaini Beaute dapat sambutan

Baru sahaja memperkenalkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Rudaini Beaute pada penghujung tahun lalu, kini bidang perniagaannya membuahkan hasil.

Kurang tiga bulan berada di pasaran, Rita Rudaini, mampu menghela nafas lega apabila produknya kini semakin mendapat sambutan hebat dalam kalangan pengguna termasuk peminat.

Alhamdulillah, stokis sudah ada di seluruh Malaysia dan Brunei dan sudah ada pengedar. Agen di bawah setiap stokis pula sudah melebihi 50 untuk setiap stokis.

“Saya tidak sangka penerimaan ini sangat menggalakkan dan saya telah membuat perancangan menggembangkannya secara meluas lagi.

“Tahun ini, banyak perancangan untuk produk termasuk saya akan ‘pusing’ berjumpa stokis saya di seluruh Malaysia untuk ‘hitea’ bersama pengguna dan pengedar produk,’ katanya yang membuka gerai di Karnival Karangkraf baru-baru ini.

Tambah Rita lagi, setakat ini, tiga produk telah diperkenalkan kepada pengguna termasuk Luv My Coffee, Rudaini Beaute Skincare dan Angel Mask.
Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya pula, Rita memberitahu bahawa kerja-kerja lakonan masih berjalan seperti biasa walaupun terikat dengan kekangan masa.

Klik gambar untuk besarkan

















0 Response to "Rita Rudaini Tidak Bergantung Wang Aidil Untuk Besarkan Anak"

Post a Comment