Mohd Hisham yang merupakan duta Rania Marketing mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad Jasmin menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media.
Klik untuk : Mari layan gambar Instagram artis
Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yg dinyatakan.
Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir 200k semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang.
Keputusan Azad Jasmin dan Eira Syazira untuk menarik diri daripada syarikat tersebut turut menjejaskan “roadshow” yang sudah lama dirancang.
Pihak Rania Marketing juga meminta agar pasangan selebriti itu untuk hadir ke pejabat bersama 1000 individu yang didakwa tidak mendapat bayaran yang dijanjikan agar permasalahan ini dapat diselesaikan secara baik.
Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 orang. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan.
Tempoh selama 14 hari telah diberikan kepada Azad Jasmin dan Eira Syazira untuk membetulkan keadaan.
Apabila perniagaan yang mempunyai unsur MLM memang sukar untuk kita kekalkan momentum yang baik dan pasti akan wujud permasalahan. Mungkin kali pertama kita akan merasa teruja menerima pulangan yang tinggi, akan tetapi jangan mudah terpengaruh. Harapnya mereka yang menyertai Azad Jasmin dan Eira Syazira terbela nasibnya.
Credit : http://beautifulnara.com/page/2/
0 Response to "Rania Marketing Dakwa Azad Jasmin Dan Eira Syazira Dapat Pulangan RM200,000"
Post a Comment