Kenapa Wanita Terus Cair Lepas Tengok Abang Bomba Ni


Kenapa Gadis Cair Lepas Tengok Abang Bomba Ni | Berotot besar menjadi pilihan ramai golongan wanita. Tambah-tambah yang pakai uniform lagi nampak gagah dan macho. Contohnya macam abang bomba ni.

Kenapa  Gadis Cair Lepas Tengok Abang Bomba Ni

Kami terserempak dengan post FB The Star Online, dan tertarik dengan satu gambar bomba ini. Ianya bukan gambar bomba biasa-biasa ataupun gambar bomba in action sedang padamkan kebakaran. Tetapi ianya adalah gambar ahli bomba yang sado menjadi model kalendar dilatari oleh jentera dan kenderaan memadamkan kebakaran.

Memaparkan pegawai bomba lelaki yang berotot di dalam pose menarik, kalendar ini juga memaparkan pegawai bomba wanita. Pada bulan Mac dan Mei, seorang juruterbang wanita dan seorang pegawai operasi dipaparkan.

“Sebelum ini, kita mempunyai konsep yang berlainan untuk kalendar, tetapi kali ini kami mahu tonjolkan bahawa pegawai kami sihat dan cergas.”

“Ia juga merupakan satu tanda penghargaan kepada pegawai-pegawai kami. Semua model dalam kalendar adalah pegawai operasi dari seluruh negara,” kata Norizan Saad, Senior Superintendent II Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau menambah, konsep baru ini adalah penting untuk menggalakkan semua orang, termasuk yang berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat, untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Walaupun Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan banyak kalendar pada tahun-tahun sebelum ini, ini adalah kali kedua kalendar dibuat dengan konsep ‘sihat dan cergas’, kata Norizan.

Walau bagaimanapun, kalendar eksklusif ini bukan untuk dijual dan hanya disediakan untuk pegawai-pegawai dan pejabat-pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan kementerian yang berkaitan.


Lihat gambar berikut -->    Klik gambar untuk besarkan










Amacam? Gempak tak abang bomba kita ni.
Ni la sebab Kenapa  Wanita Terus Cair Lepas Tengok Abang Bomba Ni

0 Response to "Kenapa Wanita Terus Cair Lepas Tengok Abang Bomba Ni"

Post a Comment