Tunku Jalil Umum Black Eyes Peas Akan Datang Johor!


Wah, teruja sungguh mendengar pengumuman Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.

Mana tidaknya, kumpulan hip hop antarabangsa Black Eyes Peas (BEP) dikhabarkan bakal menghiburkan orang ramai khususnya rakyat Johor dalam konsert besar-besaran sempena Istiadat Pemahkotaan Sultan Johor kali-5 pada 23 Mac ini.

Menerusi keratan itu, konsert tersebut turut melibatkan beberapa artis antarabangsa dan selebriti tanah air yang dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 26 Mac ini.


Antaranya adalah bintang K-Pop  T-Ara, Korea’s Sistar, penyanyi Taiwan Fuying dan Sam serta penyanyi Indonesia Rossa.

Kantoi !!! Neelofa Terlupa Butang Baju


Manakala, penyanyi tempatan yang bakal memeriahkan lagi acara ialah Sheila Majid, Penny Tai dan Shila Amzah.

Konsert yang berlangsung di Danga Bay, Johor Bahru ini adalah percuma buat orang ramai.

Acara ini merupakan anjuran Bahagian Pelancongan Johor dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd. – MYNEWSHUB.CC


0 Response to "Tunku Jalil Umum Black Eyes Peas Akan Datang Johor!"

Post a Comment