BAKAL BERCERAI TAK DAPAT TUKAR, GURU SALAHKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


Seorang guru lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya pada laman Facebook e-g Tukar Pertukaran Guru Suka Sama Suka yang menyatakan dirinya bakal bercerai dengan isterinya dan mendakwa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai punca.

Guru terbabit, Ismahadi Isa, 27 tahun, bertugas di sebuah sekolah di daerah Tatau, Bintulu dan telah berkahwin dengan pasangannya, Siti Innarah, 23 tahun, semenjak November 2013.

"Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya dan isteri saya bakal bercerai bulan ini. Tahniah akan usaha anda semua buat kami yang berjauhan dengan isteri ini macam ni.


"Tiga tahun saya di Pendalaman 3, Sarawak hingga isteri hilang rasa sayang pada suami sebab sering berjauhan. Sampai mati aku akan ingat Kementerian Pelajaran Malaysia,".

Ternyata beliau terlalu sedih dan kecewa sehingga mengambil tindakan terburu-buru mendakwa KPM sebagai punca permasalahan yang terjadi di antara dia dan si isteri.

ISTERI KELUAR KERJA, ADIK IPAR MASUK BILIK


Menurut sumber, isu pertukaran ini sememangnya tidak pernah selesai di peringkat KPM kerana ada 'tangan-tangan gatal' memecahkan sistem pertukaran sedia ada.

Bagaimanapun, ini bukanlah kes yang pertama kali terjadi. Pernah ada kes-kes yang sama pernah disuarakan sebelum ini sehingga diungkit di Parlimen oleh sesetengah ahli parlimen yang menerima aduan guru yang tidak berpuas hati dengan kelembapan KPM.

Namun dalam situasi ini guru terbabit tidak sewajarnya menunding jari terhadap KPM sebagai punca. Ianya lebih kepada diri pasangan itu sendiri.

Kebiasaannya tempoh berkhidmat selama tiga tahun di penempatan awal seseorang penjawat awam itu, pihak berkenaan tidak akan meletakkan permohonan pegawai terbabit sebagai 'Top Priority' kecuali atas alasan yang kritikal seperti masalah kesihatan, ibu bapa tenat dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi tidak bermakna tiada peluang untuk guru terbabit untuk berpindah semula ke semenanjung. Beliau boleh membuat permohonan semula dan 'follow up' dengan sabar dan berdoalah agar pintu hati pihak berkenaan terbuka untuk meluluskan permohonannya.

Tidak wajar guru berkenaan meluahkan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook kerana adalah menjadi kesalahan bagi penjawat awam mencemar nama baik jabatan/kementerian sendiri. Sepatutnya guru terbabit menggunakan saluran yang betul berbanding mengheboh perkara rumahtangga kepada umum. 

Soal jodoh bukan di tangan KPM tetapi di tangan Tuhan. Kukuh dan retaknya sesebuah perhubungan itu adalah terletak pada pasangan itu sendiri dan bagaimana mereka menghadapi dugaan dalam perhubungan. 

Sama-samalah kita berdoa agar ada 'sinar harapan' buat pasangan ini. Amin.

Sumber : Thehypemedia

0 Response to "BAKAL BERCERAI TAK DAPAT TUKAR, GURU SALAHKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN"

Post a Comment