FOTO: Dituduh Lesbian, Ini Penjelasan Sebenar Jawapan Mengejutkan Zara Zya


Hidup dalam industri hiburan tanah air bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ada sahaja gosip dan cerita-cerita hangat yang terpaksa dihadapi oleh seorang insan yang bergelar anak seni.

Itulah yang kini terpaksa dihadapi oleh aktres Zara Zya yang mula terkenal menerusi Love You Mr Arrogant.

Selepas digosipkan kononnya menjalin hubungan cinta dengan pasangannya dalam drama itu iaitu Azlee Khairi, Zara Zya kini berdepan pula dengan cerita bahawa dia sebenarnya mencintai kaum sejenis.

Pemilik nama sebenar Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin itu dituduh seorang lesbian kerana jarang dilihat berdampingan dengan lelaki. Namun apa pula kata aktres ini?


Sambil tergelak, Zara Zya memberitahu akhbar Berita Harian yang dia sebenarnya sudah lama mengetahui tuduhan tersebut tetapi enggan mengambil kesah.

Katanya, dia merasakan modal cerita sebegini sudah lapuk kerana orang yang membangkitkan cerita tersebut sengaja mereka cerita kerana dia tidak mempunyai kekasih. Zara Zya akui yang dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki dan waras untuk berfikir perkara yang hakiki.

13 Gambar HOT ZARINA ANN JOULIE YANG DIGELAR SIMBOL SEXY


Tambah Zara, sebelum ini pun hanya kerana dia mempunyai pengurus yang berperwatakan tomboi, ada pula yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan pengurusnya.

Setakat ini, Zara menjelaskan di masih solo. Mengakui usianya kini mencecah 30 tahun, Zara berkata dia masih tertunggu-tunggu jika ada yang datang meminang. Tapi sejujurnya Zara berkata dia tidak akan mencari kerana dia yakin jodoh akan dating sendiri.


Tegas Zara lagi, jika dia ke acara hiburan tertentu pun bukan untuk mencari jodoh atau menggatal. Sebaliknya dia ingin mencari rezeki dan timbul niat untuk mencari rumah kerana sehingga kini dia masih menyewa.

Dalam perkembangan lain, selain drama Dan Calonnya Adalah musim kedua, Zara juga akan muncul dengan drama Hidayahmu Ramadan untuk slot Samarinda TV3 sempena Ramadan nanti

0 Response to "FOTO: Dituduh Lesbian, Ini Penjelasan Sebenar Jawapan Mengejutkan Zara Zya"

Post a Comment