Tarikh Pelancaran Dan Harga Myvi Baru 2015. Kereta terlaris selama sembilan tahun berturut-turut di Malaysia iaitu Perodua Myvi akan melancarkan model terbaru facelift pada 15 Januari 2015 ini.
Myvi 2015 baru ini difahamkan berharga di antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold.
Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata kereta berkenaan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.
Kebocoran gambar model MYVI terbaru 2015 ini mula tersebar meluas semenjak bulan Disember 2014 lepas. Apa-apa pun nantikan kemunculan kereta terlaris di Malaysia ini pada tahun 2015.
Rekabentuk tak banyak berubah cuma grill depan lebih garang dan terdapat penambahan dalam lampu, bumper dan sebagainya sesuai dengan citarasa muda rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tarikh Pelancaran Dan Harga Myvi Baru 2015"
Post a Comment