Kenapa Shah Rukh Khan Di Hormati

Jelas, pembacaan ini sangat membuka mata tentang perwatakan Shah Rukh Khan yang menyumbang kepada kejayaan beliau sebagai antara 10 orang paling diminati dalam dunia


Saya diminta untuk Tulis buku TEN DAYS WITH SHAH RUKH: SRK SECRET OF SUCCESS. Saya akan kongsikan penemuan saya di sini jika diizinkan oleh admin.

Saya gagal menemui ciri-ciri orang berjaya dalam diri SRK malah sikap yang ditemui adalah songsang. Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai satu sikap ‘Condescending’ atau ‘Saya lebih bagus dari awak’.

Dan sikap ini dapat diterima ramai kerana mereka mempunyai kelebihan. Jadi kalau nak ilmu dan berada sebumbung dengan mereka terpaksa ‘put up’ dengan attitude DIVA ini.

SRK sebaliknya akan merendahkan dirinya ke tahap pemahaman anda dan kemahiran anda.

Beliau akan membuat yang terbaik untuk memastikan anda selesa bekerja dengannya. Tidak kira sama ada anda bintang luar negara, bakat baru ataupun hanya extra.

Agak pelik apabila seorang bintang mengikut rentak anda. Jadi macamana nak belajar dari dia macam ni. Dia tak push kita untuk menjadi lebih baik.

Pengajaran di sini

Sikap kita dalam mementingkan orang lain dan memastikan mereka dapat buat yang terbaik akan menentukan ketinggian kejayaan kita dan berapa lama kita dapat kekal berjaya.

SRK dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak USD 600 juta dan tersenarai di tangga ke-6 orang yang paling diminati dunia oleh TIME magazine.

Ini semua adalah kerana beliau tidak mempunyai sikap ego dan membantu orang lain agar dapat memberi yang terbaik. Sikap rendah diri ini dapat memastikan, kejayaan anda yang luarbiasa.

Saya teringat kata-kata Otai Advertising and Copywriting Joe Sugarman –
“You don’t help people because you are rich. You become rich by helping people.”

0 Response to "Kenapa Shah Rukh Khan Di Hormati"

Post a Comment