Saya Tiada Niat Pun Nak Menggatal, Ifa Raziah


KAMI yakin ramai di kalangan pembaca telah menonton program Gegar Vaganza peringkat akhir, minggu lalu.

Selain adegan lamaran Hairul Azreen kepada kekasihnya, Hanis Zalikha, adegan Ifa Raziah dipeluk pelakon Hisyam Hamid turut mencetuskan kontroversi.

Aksi peluk ketika persembahan lagu ‘Matahari’ itu kemudiannya ditegur oleh juri, Datuk Rosyam Nor kerana menganggap ia tidak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat.


Menerusi mStar Online, Ifa mengakui yang dia menerima dengan hati terbuka komen Rosyam, namun berasa sedih kerana pelakon dan penerbit itu sepatutnya faham yang adegan itu hanya lakonan.

“Tidak terlintas di hati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang di kalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.

“Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini,” katanya.

Menurutnya lagi, persembahan itu mengambil inspirasi filem Frozen dengan memperlihatkan dia diselamatkan oleh putera impiannya.

0 Response to "Saya Tiada Niat Pun Nak Menggatal, Ifa Raziah"

Post a Comment