Wanita ganas. Itu gambaran terhadap tindakan seorang suri rumah berusia 46 tahun yang gemar menyimbah cat pada kereta, membuang daging babi serta memecahkan lampu dan pasu milik jiran berhampiran kediamannya.
Wanita terbabit didakwa kerap mencetuskan masalah dan ketegangan terhadap jirannya di kawasan kediaman berhampiran Seksyen 5, Wangsa Maju di sini sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan lapan laporan polis sudah dibuat terhadap sikap panas baran wanita itu yang turut pernah menghalau suaminya dari rumah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita terbabit kerap melakukan perbuatan itu ketika jirannya keluar bekerja atau tiada di rumah.
“Terbaru jam 9 pagi semalam, suspek menyimbah cat pada kereta Perodua Myvi milik anak jirannya yang diletakkan di pekarangan rumah.
“Tindakan itu bagaimanapun sempat dirakam seorang jiran lain sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Anggota polis yang datang ke rumah suspek turut mengugut pihak berkuasa sambil memegang bahan mudah terbakar, namun wanita itu berjaya ditahan atas bantuan abang iparnya.
“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod psikiatrik, namun jiran suspek mengadu tidak tahan dengan provokasi melampau suspek termasuk membaling daging khinzir ke dapur rumah jiran.
0 Response to "SURI RUMAH 'MENOPAUSE' BIKIN ONAR LAGI"
Post a Comment