Panduan Membeli Car Seat
Salah satu keperluan yang penting untuk persediaan menyambut orang baru ialah car seat. Walaupun di Malaysia belum mewajibkan kita memakai car seat untuk kanak-kanak, tetapi untuk keselamatan apa salahnya.
Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital.
Ada pelbagai jenis car seat yang boleh dipilih. Bagaimanakah cara untuk memilih car seat yang sesuai dengan bayi kita?
Pertama sekali, kita harus tahu bahawa terdapat 2 jenis car seat.
1. Infant carrier
Beridi Infant Car Seat
Beridi Infant Car Seat
Car seat jenis ini boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama-jenama tertentu. Car seat ini perlu diletakkan menghadap ke belakang, maka car seat ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi kita. Car seat ini lebih kecil dan mudah diangkat keluar masuk kereta. Dan yang lebih penting, tanpa mengganggu si kecil yang sedang tidur. Tip engalaman dari saya, mengangkat bayi yang sedang tidur dari kereta masuk ke rumah tanpa gangguan adalah satu kejayaan!
Tetapi penggunaan infant carrier mempunyai had masa. Selalunya kerusi ini hanya sesuai untuk tahun pertama sahaja. Bilakah masanya untuk menukar dari infant carrier kepada car seat? Mudah sahaja jawapannya. Apabila kepala bayi kita telah melebihi paras hujung kerusinya dan beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut.
Kebanyakan car seat jenis ini boleh diubah menjadi stroller atau kereta sorong setelah keluar dari kereta. Dan ini menjadikannya lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
2. Convertible car seat
Sweet Cherry Car Seat (born - 18kg)
Sweet Cherry Car Seat (born – 18kg)
Car seat jenis ini boleh diletakkan menghadap ke belakang atau ke depan. Maka car seat ini boleh digunakan oleh bayi yang baru lahir sehingga umur 4 tahun mengikut berat anak.
Kerusi jenis ini lebih berat dari infant carrier maka, ia tidak mudah untuk dibawa keluar dan masuk dari kereta kita.
Tetapi, car seat ini lebih ekonomi jika dibandingkan dengan infant carrier kerana tempoh penggunaannya adalah lebih lama.
Terdapat beberapa tip yang berguna untuk kita sebagai panduan membeli car seat.
Kesenangan cara penggunaan. Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kita gunakan.
Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita.
Jika anda memilih untuk membeli infant carrier, pastikan berat kerusi itu sendiri tidak membebani anda.
Adakah tali keselamatannya mudah di sesuaikan dengan anak kita dan apabila dia membesar nanti?
Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring.
Murah atau mahal car seat yang dibeli, pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
Terdapat beberapa jenama yang popular di Malaysia iaitu:
1.Sweet Cherry
2.Ferrari
3.Fisher Price
4.GB
5.Combi
6.Halford
7.Maxi-Cosi
8.Recaro
9.Aldo
10.Britax
Sumber : Apasal.Com
0 Response to "Panduan Membeli Car Seat"
Post a Comment