Nurul Izzah, Suami Sah Bercerai Talak Satu

NURUL Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Lafaz cerai tersebut dilakukan Raja Ahmad Shahrir di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada petang Khamis.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) melangsungkan perkahwinan dengan Raja Ahmad Shahril pada Mei 2003.


Raja Ahmad Sharil bekerja di sebuah bank korporat dan merupakan ahli kerabat diraja Johor.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Raja Nur Safiyah pada 2007, disusuli dengan anak lelaki, Raja Harith dua tahun kemudian.

0 Response to "Nurul Izzah, Suami Sah Bercerai Talak Satu"

Post a Comment