VIDEO: Lelaki Suruh ‘Awek’ Bertenang Tapi Dia Yang Gelabah

LAWAK gila!

Video seorang lelaki cuba menenangkan awek-nya sebelum mencuba permainan ekstrem dipanggil G-Max namun berakhir dengan dia yang lebih-lebih gelabah ini sedang mendapat perhatian dalam kalangan netizen.

Memang kelakar habis, sebab pada mulanya bukan main gentleman lagi lelaki itu cuba menenangkan teman wanitanya yang mulai panik sebelum permainan bermula, siap ajar lagi cara-caranya.


Tapi sudahnya… lelaki tersebut yang lebih ketakutan sampaikan macam-macam reaksi dizahirkan sewaktu permainan itu berlangsung termasuk menggaru kepala dan hendak termuntah sekaligus membuatkan sesiapa sahaja yang menonton video ini pasti ketawa berdekah-dekah.

Nak cover ketakutan punya pasal lelaki itu siap menyatakan kesalan sebab naik benda alah tu! Haha.

Yang tak tahan tu situasi jadi terbalik di mana awek yang pada mulanya ditenangkan pula bertindak menenangkan teman lelakinya.

Moralnya, kaum lelaki sila jangan pandang remeh dengan permainan-permainan ekstrem sebab belum cuba belum tahu kan?

Jadi kepada para lelaki yang jenis cover macho di luar sana, dinasihatkan jangan mencuba aktiviti sebegini.

- MYNEWSHUB.CC

HUKUMNYA SUAMI MENGELUARKAN AIR MANI SENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN ISTERI?


0 Response to "VIDEO: Lelaki Suruh ‘Awek’ Bertenang Tapi Dia Yang Gelabah"

Post a Comment