GUWAHATI 7 Mac – Kerajaan negeri Nagaland di timur laut India, bertindak menggantung tiga pegawainya dari tugas semalam berikutan kejadian seorang suspek perogol diheret keluar dari sebuah penjara dan dipukul sehingga mati oleh ratusan penduduk.
Mereka yang digantung tugas ialah seorang hakim majistret daerah Dimapur, superitendan polis dan warden penjara, kata Ketua Menterinya, T. R. Zeliang.
Tindakan itu dilakukan apabila sekumpulan penduduk membelasah sehingga mati suspek kes rogol berkenaan selepas dia dibogelkan dan diheret sejauh enam kilometer.
Polis juga melancarkan operasi memburu beberapa orang lelaki yang dipercayai mendalangi insiden itu.
Dalam insiden semalam, seorang orang awam turut terkorban, sementara beberapa yang lain cedera apabila polis bertindak melepaskan tembakan ke arah kumpulan demonstrasi berkenaan.
Advertisement
Beberapa buah kedai dan perniagaan juga terpaksa ditutup di Dimapur hari ini dan pasukan tentera telah dikerah melakukan kawalan keselamatan di sekitar bandar tersebut yang kini di bawah perintah berkurung.
Pembunuhan suspek kes rogol itu mencetuskan kebimbangan di seluruh India, berhubung keganasan seksual yang sering terjadi dalam kalangan wanita.
Suspek ditangkap pada 24 Februari lalu kerana disyaki merogol seorang wanita tempatan.
Menteri Dalam Negeri, Rajnath Singh telah meminta satu laporan tentang kejadian pecah masuk penjara itu diserahkan kepadanya.
Sementara itu, insiden tersebut turut mencetuskan bantahan dari negeri jiran, Assam yang merupakan tempat asal suspek rogol berkenaan yang dikenali sebagai Farid Khan.
Kumpulan penunjuk perasaan di Assam bertindak membuat satu sekatan jalan raya di kawasan tersebut dan menahan beberapa lori yang membawa barangan serta kenderaan lain dari memasuki Nagaland.
NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa.
Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.
"Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan.
Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek.
Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.
"Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir.
Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.
Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.
Home » Berita Semasa »
Kehidupan »
Luar Negara
» Ngerii.......suspek rogol dipukul dan diseret sehingga mati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ngerii.......suspek rogol dipukul dan diseret sehingga mati"
Post a Comment