Wang Kelian, Wang Prechan syurga beli belah terbaru rakyat Malaysia
WANG KELIAN DAN WANG PRACHAN MENJADI TUMPUAN RAKYAT MALAYSIA SETIAP HUJUNG MINGGU.
WANG KELIAN YANG TERLETAK DI NEGERI PERLIS DAN WANG PRACHAN DI DAERAH SATUN, THAILAND MENJADI KINI TUMPUAN PULUHAN RIBUAN RAKYAT MALAYSIA SETIAP HUJUNG MINGGU.
WANG KELIAN DAN WANG PRACHAN MENJADI TARIKAN TERBARU BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MINAT ATAU HOBI UTAMA MEREKA ADALAH MEMBELI-BELAH DI KAWASAN SEMPADAN NEGARA DENGAN THAILAND.
WANG KELIAN DAN WANG PRACHAN HANYA TERLETAK KIRA-KIRA 20KM DARIPADA PADANG BESAR.
IA MENJADI TARIKAN TERBARU KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG SEBELUM INI MENGERUMUNI PADANG BESAR DI PERLIS DAN BUKIT KAYU HITAM, KEDAH UNTUK MEMBELI BELAH.
BERLAINAN DENGAN PADANG BESAR DAN BUKIT KAYU HITAM, RAKYAT MALAYSIA YANG MENGUNJUNGI WANG KELIAN PADA SABTU DAN AHAD BOLEH MEMASUKI SEMPADAN THAILAND IAITU WANG PRACHAN TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PASPORT ATAU PASS SEMPADAN.
KELONGGARAN IMIGRESEN YANG BERTUJUAN MENGGALAKKAN HUBUNGAN RAKYAT KE RAKYAT DAN PERDAGANGAN MALAYSIA-THAILAND ITU JUGA DIBERIKAN KEPADA RAKYAT NEGARA GAJAH PUTIH ITU.
PENIAGA ISLAM THAILAND YANG MENJUAL PELBAGAI MAKANAN KERING DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH BERBANDING DI PADANG BESAR DAN BUKIT KAYU HITAM.
BAGAIMANAPUN RAKYAT KEDUA-DUA NEGARA ITU HANYA DIBENARKAN MEMASUKI SEHINGGA 1 KILOMETER KE DALAM KAWASAN SEMPADAN MALAYSIA ATAU THAILAND.
CUMA KELUHAN UTAMA YANG SERING DIDENGAR APABILA MAHU BERKUNJUNG KE WANG KELIAN ADALAH MEREKA TERPAKSA MENEMPUH LALUAN BERBUKIT-BUKAU SEBELUM SAMPAI KE 'SYURGA' MEMBELI BELAH ITU.
MEREKA YANG KE WANG KELIAN ATAU WANG PRACHAN BOLEH MENDAPATKAN PELBAGAI BARANGAN DARIPADA KEPERLUAN DAPUR HINGGALAH KEPADA PAKAIAN FESYEN TERKINI SERTA ALAT GANTI KERETA ATAU MOTORSIKAL.
DAN HARGA YANG DITAWARKAN SEKURANG-KURANGNYA DI ANTARA 30 HINGGA 40 PERATUS LEBIH MURAH BERBANDING DI PADANG BESAR DAN BUKIT KAYU HITAM.
DISEBABKAN ITULAH, NAMA WANG KELIAN DAN WANG PRACHAN MULA MENJADI SEBUTAN DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA DI UTARA TANAHAIR SEBAGAI DESTINASI MEMBELI-BELAH YANG MESTI DILAWATI APABILA BERKUNJUNG KE UTARA TANAHAIR. - MALAYSIAGAZETTE
0 Response to "Wang Kelian, Wang Prechan syurga beli belah terbaru rakyat Malaysia"
Post a Comment