Lebih 5,280 Unit Inspira Dipanggil Balik
Proton memanggil balik model Inspira untuk menjalani pemeriksaan dan pembaikan percuma yang melibatkan “V-ribbed belt” dan brek booster. Adalah dipercayai bahawa unit “Drive Belt Pulley” dalam kereta Proton Inspira dikeluarkan antara September 2010 hingga Mei 2011 menjadi cepat haus dan koyak serta boleh mengakibatkan kekurangan bateri dan enjin menjadi terlampau panas selain sistem stereng kuasa menjadi lebih berat.
Sebanyak 5280 unit Proton Inspira akan terlibat dalam kempenpemeriksaan dan pembaikan percuma ini. Pemilik Inspira dari tarikh pembuatan tersebut diminta menghubungi mana-mana pusat servis Proton untuk membuat temu janji pemeriksaan percuma. Kos upah dan alat ganti yang berkaitan akan disediakan tanpa sebarang caj. Sebagai peringatan, Proton juga telah menghantar surat untuk memberitahu pelanggan mengenai perkara tersebut.
0 Response to "Lebih 5,280 Unit Inspira Dipanggil Balik"
Post a Comment