Namun,Sejauh Mana Sayangnya Kita Pada Ibu??Dan saya percaya tentu saja setiap manusia yang bergelar anak pasti amat menyayangi ibu kandungnya sendiri,tapi di dunia ini manusia memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan sehingga ada kes yang mana ada anak yang SAMPAI HATI KATA MAK SYAITAN ,
Tidak kira walau apa pun,seorang anak tidak patut berkata malah menggelarkan ibunya sendiri syaitan!
jika tidak kerana ibu yang melahirkan kita,siapa lagi yang akan melahirkan kita.
Ibu juga bukan untuk di jadikan musuh,mangsa herdikan,di hina atau di caci maki,jika ini berlaku,maka tanggunglah dosa yang di lakukan anak terhadap ibunya,malah si anak kadangkala terlalu mengikut emosi sehingga terlupa bahawa itu adalah ibunya sendiri ,setelah ibu sudah tiada pasti menyesal tak sudah masa itu baru lah mencari MAK,.MANA MAK,.. ,.nak minta maaf?nak minta ampun pada ibu yang sudah tiada??
Sebagai anak kita harus terus menghormati ibu kita,walau apa pun yang berlaku, ibu itu umpama syurga kita maka berbuatlah kebaikan terhadap mereka selagi mereka masih ada,harus di ingat,setiap perbuatan yang tidak baik atau jahat kepada ibu,maka USAH JADI ANAK DERHAKA KUNCI MENUJU KE NERAKA ,Sayangi mereka tanpa ada batasnya sehingga ke akhir hayat,InshaAllah Allah Akan Memberkati hidup kita yang ikhlas menyayangi ibu kita.
Para pembaca sekalian,usah abaikan ibu kita,usah terlalu berkira wang ringgit dan masa untuk ibu,gembira kan lah mereka,bahagiakanlah mereka selagi mereka masih mampu bernafas,usah di sia-siakan mereka dan usah jadikan hidup kita berakhir dengan penyesalan di kemudian hari kerana kita gagal mengembirakan dan membahagiakan semasa mereka masih ada.
"Ibu,..Kami Sayang Ibu,."
0 Response to "Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga"
Post a Comment