Ada orang bila berfesyen akan nampak sangat cantik dan menawan serta kelihatan muda. Tapi ada pula orang ni bila berfesyen akan nampak lebih tua, lebih hodoh dan kurang menawan. Hanya syok sendiri jer. Mungkin bagi orang tu, dia dah kelihatan cantik dan sempurna. Padahal kalau dilihat dari kaca mata orang lain, nampak macam ada yang tak kena saja. Semuanya gara-gara kesilapan berfesyen.
Selain nampak kurang menawan, kesilapan dalam berfesyen boleh menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Ada beberapa faktor kesilapan fesyen yang boleh membawa kepada masalah ini. Informasi ini gua rembat dari slot Gaya Hidup Yahoo!
1. Cara Berpakaian
Kalau boleh sebelum ingin menggayakan sesuatu pakaian mintalah pendapat dan nasihat dari kawan kerana kadangkala mereka dapat membantu anda mencari pakaian yang secocok dan sesuai mengikut trend semasa. Yang penting banyakkan membaca majalah dan info berkaitan fesyen agar anda boleh membezakan dan mengetahui apakah fesyen terkini yang kena untuk anda gayakan.
2. Menggunakan alat solek berlebihan
Mimpi ngeri buat si jejaka jika melihat si wanita idaman memakai mekap terlalu tebal yang mana pasti kelihatan seperti orang tua . Elakkan dari memakai mekap terlalu banyak dan berlebihan kerana mekap itu sebenarnya menyembunyikan kecantikan anda, sebaiknya jadilah 'natural beauty' iaitu kurangkan mekap tetapi lebihkan senyuman yang mana senyuman manis yang terukir pastinya membuatkan wajah anda awet muda dan jelita.
>> Orang yang suka berfesyen bukan semuanya suka berdiet. Ada juga yang suka makan KFC. Nah!! KFC ada set terbaru RM4 jer tau. Terjah web KFC sekarang!
3. Mengabaikan penggunaan krim pelindung sinaran UVPancaran matahari sememangnya membekalkan vitamin D tetapi sekiranya kulit anda terdedah terlalu lama ianya bukan sahaja menjadikan kulit anda kering dan tidak stabil bahkan ia juga merosakkan warna semulajadi yang mana menyebabkan kulit kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Seeloknya sebelum keluar gunalah krim pelindung sinaran UV dan elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.
4. Penggunaan aksesori lama
Penggunaaan aksesori lama seperti barangan perhiasan gelang, rantai dan sebagainya perlulah dijauhi kerana anda haruslah peka dan 'up to date' dengan gaya terbaru terutamanya apabila berkaitan dengan beg tangan, jenis pakaian, warna terkini dan aksesori terbaru yang dijual. Berbelanjalah lebih sedikit untuk kelihatan elegan dan anggun kerana hasilnya pasti anda menjadi perhatian si jejaka yang tertarik dengan fesyen yang anda gayakan itu.
5. Gabungan warna / kombinasi warna
Gabungan dan kombinasi warna yang salah seperti warna berwarna-warni dan tidak teratur boleh melihatkan struktur badan dan kulit anda kelihatan lebih tua. Sebaiknya janganlah pilihlah warna yang pudar kerana ia tidak sesuai dengan jiwa muda dan remaja anda.
>> Fesyen remaja sekarang banyak dipengaruhi oleh unsur KPOP. Dari rambut sampailah ke Gwiyomi. Salah satu band Korea yang popular dan menjadi kegilaan remaja ialah Boys Republic. Tengoklah fesyen mereka ni nanti bila buat konsert kat Malaysia.
Pakaian itu melambangkan personaliti dan juga merupakan aset terpenting untuk anda tampil menawan, feminin dan ayu sentiasa. Ini kerana setiap gaya dan pakaian itu haruslah memaparkan imej anda tersendiri kerana kadangkala 'first impression' seseorang itu terletak pada bagaimana anda berpakaian.
Ketahuilah cara solekan, dandan rambut itu semua haruslah dijaga rapi untuk memastikan anda kelihatan muda setiap hari kerana dirimu berharga.
Jangan saja jadi macam ni...
0 Response to "Wanita Baca Ini!! 5 Kesilapan Anda Dalam Berfesyen Menyebabkan Anda Kelihatan Lebih Tua!"
Post a Comment