Erra Fazira & bekas suami Sambut Birthday anak.


WALAUPUN ikatan suami isteri sudah lama terputus di antara mereka, namun perkara itu tidak menjadi penghalang buat penyanyi Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Engku Aleesya yang akan menginjak usia enam tahun pada tanggal 30 Mac ini.



Majlis bertemakan Cinderella itu diadakan hari ini yang dihadiri rakan-rakan Aleeysa yang turut sama bergaya dengan gaun masing-masing persis watak kisah dongeng popular itu.

13 Gambar Comel Anak Erra Fazira Di Laman Instagram


Yang pasti, kecantikan Erra memang menurun ke anak tunggalnya itu, yela mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan!
Turut hadir pada majlis itu adalah rakan baik Erra iaitu Datin Paduka Umie Aida dan Zahida Rafik.



Memang grand habislah majlis Aleesya ni!
Happy Birthday Aleesya!




Comelnya !! Anak Erra Fazira Menunaikan Solat

0 Response to "Erra Fazira & bekas suami Sambut Birthday anak."

Post a Comment